Fungsi

BAHAGIAN SOSIO EKONOMI


Seksyen Peningkatan Ameniti dan Ekonomi Desa (PAED)

  • Fungsi Seksyen PAED adalah seperti berikut:
    1. Merangka dan melaksanakan Program Kampung Sejahtera (PKS).
    2. Merancang pelaksanaan program-program peningkatan ekonomi desa.
    3. Memantau pelaksanaan program-program khusus penempatan semula kawasan luar bandar.

Seksyen Kesejahteraan Rakyat (KR)

  • Fungsi Seksyen KR adalah seperti di bawah:
    1. Memantau Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) iaitu:
      1. MESEJ Pertanian (Getah / Sawit),
      2. MESEJ Akuakultur;
      3. MESEJ Pertanian Baharu (Tanaman Bukan Komoditi);
      4. Mikro MESEJ; dan
      5. MESEJ Bersepadu.
    2. Penyelaras utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dan Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
    3. Penyelaras utama Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS).
    4. Urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu SPKR / Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri.
    5. Urus setia kepada Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Program (J3P).

Seksyen Kemudahan Awam (KA)

  • Fungsi Seksyen KA adalah:
    1. Menyelaras projek-projek kemudahan awam Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLB-P) yang merangkumi Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Program Jalan Luar Bandar (JALB), dan Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD).
    2. Menyedia dan mengemaskini Sistem Maklumat Bersepadu Kemudahan Awam Luar Bandar Negeri.
    3. Terlibat dalam kajian-kajian pembangunan luar bandar.
    4. Menyelaras pelaksanaan Pelan-Pelan Pembangunan Daerah yang berkaitan.
[Kembali ke Atas]

Seksyen Latihan dan Pembangunan Masyarakat (LPM)

  • Fungsi-fungsi Seksyen LPM adalah seperti berikut:
    1. Memproses pelantikan dan penamatan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK).
    2. Menyediakan penyata pembayaran elaun bulanan Pengerusi dan Setiausaha JPKK.
    3. Menyediakan penyata pembayaran elaun hadir mesyuarat bagi ahli-ahli biro JPKK serta pembayaran pengurusan mesyuarat.
    4. Menganjurkan kursus khidmat masyarakat jahit-menjahit (Asas dan Lanjutan - Langsir).
    5. Melaksanakan pemantauan prestasi peserta-peserta kursus khidmat masyarakat jahit-menjahit.
    6. Melaksanakan penyelidikan dan kajian penubuhan daerah / daerah kecil.
    7. Mengelola pengurusan sistem maklumat dan pengkomputeran Profil Kampung.

Seksyen Keusahawanan Industri Desa (KID)

  • Fungsi-fungi Seksyen KID adalah:
    1. Memupuk minat keusahawanan dan memberi fokus kepada masyarakat luar bandar khususnya golongan miskin / miskin tegar.
    2. Mengenalpasti bidang keusahawanan mikro berpotensi yang wujud di luar bandar khususnya yang berasaskan kraftangan, pertanian, perikanan dan akuakultur melalui pendekatan bersepadu dengan Jabatan / Agensi Kerajaan yang lain.
    3. Mengenalpasti produk yang boleh dijadikan asas / sumber kepada proses hiliran dengan tujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin / miskin tegar melalui pulangan tambah nilai melalui Program Satu Daerah Satu Produk (SDSP), dan Program Pembangunan Usahawan Desa (PUD).
    4. Menganjurkan kursus-kursus pemprosesan makanan terpilih khusus bagi masyarakat miskin / miskin tegar luar bandar dengan bantuan Jabatan / Agensi yang berkenaan.
    5. Menyediakan Pusat Kemahiran Masyarakat (Community Learning Centre) sebagai tempat untuk berkursus.
    6. Mendedahkan golongan usahawan mikro di luar bandar kepada kemudahan / bantuan yang disediakan oleh Jabatan / Agensi / Institusi Kewangan melalui Dialog Usahawan Kecil Desa (DUKeD) di peringkat Bahagian / Daerah.

[Kembali ke Atas]

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Bahagian Komunikasi Korporat dan Teknologi Maklumat dibahagikan kepada dua (2) unit, dan setiap unit berfungsi seperti berikut:
    1. Unit Teknologi Maklumat
      1. Memberi perkhidmatan konsultansi ICT.
      2. Merancang, melaksana, dan memantau Pelan Strategik Pendigitalan Luar Bandar Sabah (Kandungan digital, Infrastruktur ICT dan Keselamatan Siber).
      3. Menguruskan peralatan ICT (perolehan, inventori, agihan, pinjaman dan pelupusan).
      4. Menyediakan perkhidmatan Helpdesk ICT.
      5. Menjadi Urus Setia Jawatankuasa Pendigitalan Luar Bandar Sabah.
      6. Menguruskan pembudayaan ICT.
      7. Mengurus perkhidmatan multimedia dan video / tele conference.
    2. Unit Komunikasi Korporat
      1. Mengurus Perhubungan Korporat KPLBS (komunikasi, protokol, cenderakenangan, kolaborasi, budaya korporat, media korporat, promosi, pameran, dan sebagainya yang berkaitan dengan peningkatan imej Kementerian).
      2. Mengurus Aduan Pelanggan luaran / Aduan Awam.
      3. Mengurus rekod maklumat / pangkalan data korporat.
      4. Mentadbir Bahagian (pengurusan fail, dokumen, arkib, dan sebagainya).
      5. Mengurus laman sesawang (website), dan media sosial Kementerian.
  • [Kembali ke Atas]

    BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

    • Bahagian ini bertanggungjawab kepada Pentadbiran, dan Pengurusan Sumber Manusia.
    • Fungi Bahagian Khidmat Pengurusan adalah:
      1. Merancang pembangunan sumber manusia.
      2. Memastikan keberkesanan pentadbiran dan sistem penyampaian Kementerian di tahap yang tinggi.
      3. Mengurus perkhidmatan, kemudahan, dan persaraan anggota kakitangan Kementerian.
      4. Memantau pengurusan Pejabat-Pejabat Daerah / Daerah Kecil.
      5. Menjadi Urus Setia kepada:
        1. Panel Pembangunan Sumber Manusia
        2. Mesyuarat Pengurusan
        3. Jawatankuasa Inovasi
        4. Jawatankuasa Pemantau PKPA di Pejabat-Pejabat Daerah / Daerah Kecil
        5. Jawatankuasa Tatatertib Kementerian
        6. Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU)
        7. Jawatankuasa Sebutharga (Bekalan dan Pembaikan Am) Kementerian
        8. Jawatankuasa Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah
        9. Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Kementeria
    [Kembali ke Atas]

    BAHAGIAN KEWANGAN

    • Fungsi Bahagian Kewangan adalah seperti berikut:
      1. Mengawal perbelanjaan pembekalan dan pembangunan.
      2. Memproses dan menyediakan baucar pembayaran berkaitan Kementerian.
      3. Memproses, mengemaskini, dan menyediakan data-data gaji bulanan.
      4. Menyediakan dan mengeluarkan waran-waran kecil kepada Pejabat-Pejabat Daerah / Daerah Kecil / Majlis Perbandaran.
      5. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan Pembekalan Tahunan Kementerian.
      6. Menyelenggara, mengemaskini dan menyelaraskan Buku Daftar Akaun Amanah.
      7. Menyediakan penyata an laporan bagi pengurusan kewangan dan akaun.
    [Kembali ke Atas]

    UNIT KEJURUTERAAN

    Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara teknikal yang melibatkan kejuruteraan awam, elektrik, dan mekanikal. Bahagian ini memberi pandangan dan nasihat kepada pegawai-pegawai Kementerian mengenai perkara-perkara berkaitan.

    Fungsi-fungsi Unit Kejuruteraan adalah seperti berikut:

    1. Menyelaras isu teknikal untuk cadangan program pembangunan Kementerian:
      1. Bahagian Sosio Ekonomi
      2. Seksyen Keusahawanan Industri Desa
    2. Menyelaras cadangan dan pelaksanaan kerja penyenggaraan kawasan dan bangunan KPLBS.
    3. Menyelaras garis panduan dalam Program Pembangunan KPLBS:
      1. Pelan Pembinaan
      2. Spesifikasi Teknikal

    [Kembali ke Atas]