Program

PROGRAM RUMAH SEJAHTERA RAKYAT SABAH (RSRS)

Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS) adalah satu program baharu yang mula dilaksanakan pada tahun 2019.

Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS) bertujuan untuk menyediakan kemudahan rumah yang lebih selesa untuk didiami oleh keluarga miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih ataupun yang diendos dalam Jawatankuasa Focus Group Daerah khusus untuk para peserta Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Kampung Sejahtera.

Sebanyak 57 buah rumah RSRS telah dibina pada tahun 2019 dan sebanyak 16 buah rumah akan dibina pada tahun 2020 berdasarkan perancangan yang telah dinyakatan dalam Pelan Tindakan 2020. Dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang akan bermula pada tahun 2021, program RSRS akan melaksanakan sebanyak 50 buah rumah di kawasan MESEJ dan Kampung Sejahtera.

Lebih lagi »

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK)

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah bertanggungjawab memproses pelantikan dan penamatan JPKK serta menyediakan penyata pembayaran elaun bulanan Pengerusi dan Setiausaha JPKK di samping menyediakan penyata pembayaran elaun hadir mesyuarat bagi Biro-Biro JPKK serta pembayaran pengurusan mesyuarat.

Pelantikan JPKK

  1. Syor pelantikan daripada YB ADUN Kawasan (ADUN Kerajaan) / Pegawai Daerah.
  2. Disahkan oleh Mayor DBKK, Timbalan Presiden Majlis, Pegawai Daerah, dan Penolong Pegawai Daerah Kecil.
  3. Tempoh sah lantikan badan JPKK selama DUA (2) tahun.

Pembayaran Elaun

  1. Pengerusi JPKK - RM500.00 sebulan
  2. Setiausaha JPKK - RM300.00 sebulan
  3. Biro-Biro JPKK - RM50.00 (maksimum 6 kali setahun)
  4. Pengendalian Mesyuarat - RM100.00 sekali (mesyuarat terhad kepada 6 kali setahun)

Lebih lagi »

PROGRAM KAMPUNG SEJAHTERA (PKS)

Program Kampung Sejahtera adalah sebuah program dikhususkan untuk mentransformasikan kampung-kampung mundur di daerah berasaskan kepada tiga (3) aspek utama iaitu:

  1. Pembangunan Modal Insan,
  2. Peningkatan Kemajuan Ekonomi, dan
  3. Peningkatan Kualiti Hidup.

Antara Jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat dalam pelaksanaan Kampung Sejahtera adalah:

  1. Jawatankuasa Peringkat Daerah;
  2. Jawatankuasa Transformasi Kampung Mundur;
  3. Jawatankuasa Perancangan Pembangunan dan Program (J3P)

KRITERIA PEMILIHAN KAMPUNG MUNDUR

Kriteria pemilihan kampung mundur yang layak untuk dijadikan Kampung Sejahtera mestilah berstatus kampung yang sah, dan bukan dalam hutan simpan serta mempunyai kriteria seperti berikut:

  1. Tidak ada bekalan elektrik;
  2. Tidak ada bekalan air terawat dan hanya bergantung kepada air sungai, perigi atau air hujan sahaja;
  3. Ramai penduduk miskin;
  4. Banyak rumah yang daif;
  5. Jalan kampung yang rosak;
  6. Ramai penduduk buta huruf;
  7. Ramai keciciran di kalangan pelajar;
  8. Ada isi alam sekitar;
  9. Ada masalah kesihatan;
  10. Ada masalah sosial di kalangan belia.

Lebih lagi »

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Program khidmat masyarakat projek jahit menjahit adalah untuk member bimbingan tunjuk ajar kepada kaum wanita luar Bandar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang jahit menjahit.

Projek ini menyediakan pembelajaran secara teori dan praktikal.

Peranan dan Fungsi

Kursus ini mempelajari cara-cara mengukur, menanda, memotong dan menjahit pakaian serta menulis nota yang disediakan. Oleh yang demikian, subjek yang disusun dalam kursus ini akan membantu peserta memahami serta memberikan kemahiran dan pengalaman dalam bidang pembuatan pakaian wanita dan reka fesyen.

Syarat-syarat pemilihan peserta

  1. Seramai 30 peserta dipilih.
  2. Wanita luar Bandar dari kalangan suri rumah dan ibu tunggal.
  3. Keutamaan diberi kepada Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) yang tersenarai dalam e-Kasih.
  4. Peserta hendaklah boleh menulis dan membaca dengan baik.
  5. Berumur 45 tahun ke bawah.

Lebih lagi »

PEJABAT DAERAH DAN DAERAH KECIL

Antara institusi pentadbiran yang tertua di Negeri Sabah, Pejabat Daerah memainkan peranan utama sebagai pusat pentadbiran, perkhidmatan dan kepimpinan, rujukan, maklumat, bantuan, penyelarasan, pelaksanaan dasar dan undang-undang serta nadi pentadbiran Kerajaan di perinkgat daerah, khususnya di kawasan luar bandar.

Dari aspek pembangunan, Pejabat Daerah merupakan perancang, pelaksana dan pemantau secara langsung bagi projek-projek kecil pembangunan luar bandar khususnya kemudaha-kemudahan asas, ameniti sosial dan juga pembangunan ekonomi bagi kumpulan sasar khusus (golongan miskin dan miskin tegar).

Pejabat daerah juga berperanan sebagai penyelaras utama bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan seperti Projek Jalan kampung (PJK), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Lampu Jalan Kampung (LJK) dan program-program pembasmian kemiskinan Kerajaan Persekutuan.

Selain daripada itu, Pejabat Daerah bertanggunjawab mengawal, menyelia, dan memantau pentadbiran kampung-kampung melalui institusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK).

Lebih lagi »

LADANG PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

Ladang PPRT merupakan antara program pembangunan luar bandar dalam konteks pembasmian kemiskinan kumpulan miskin tegar.

Projek Ladang PPRT yang dilaksanakan melalui konsep ‘smart partnership’ dan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) antara KPLBS dan Kumpulan Sawit Kinabalu.

Usahasama antara Kerajaan Negeri dan Kumpulan Sawit Kinabalu bagi penanaman sawit (60% Kerajaan Negeri, 40% Kumpulan Sawit Kinabalu).

Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) setempat / dalam daerah sebagai pemegang saham diwakili Kerajaan Negeri dalam Syarikat Usahasama.

Peserta KIRMT yang sesuai / berminat bekerja dalam ladang dan perumahan serta kemudahan asas disediakan.

Lebih lagi »

PROGRAM MINI ESTET SEJAHTERA (MESEJ)

Mini Estet Sejahtera (MESEJ) adalah projek pembasmian kemiskinan secara holistik untuk membolehkan golongan sasar bukan sahaja menikmati kemudahan kediaman tetapi juga aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pendapatan yang mapan.

Terdapat 52 buah MESEJ di seluruh negeri Sabah iaitu:

  1. 34 MESEJ Pertanian (Getah / Sawit)
  2. 6 MESEJ Akuakultur
  3. 9 MESEJ Mikro
  4. 3 MESEJ Bersepadu

Lebih lagi »

SATU DAERAH SATU PRODUK (SDSP)

Program Satu Daerah Satu Produk (SDSP) merupakan program untuk meningkatkan ekonomi usahawan luar bandar yang dijalankan secara berkelompok / premis bersendiri. Program ini telah menggalakkan pengeluaran produk di setiap daerah masing-masing sebagai Flagship produk bagi sesebuah kampung / daerah tersebut.


Di antara skop kerja program bagi menggalakkan pengeluaran
Flagship produk adalah:

  1. Mengenalpasti produk berasaskan pertanian, kraftangan, perikanan yang berpotensi untuk membantu meningkatkan pendapatan;
  2. Pembinaan bengkel untuk pengeluaran Flagship produk;
  3. Menaiktaraf bengkel sedia ada untuk memenuhi keperluan;
  4. Pembekalan peralatan bengkel pengeluaran produk; dan
  5. Pelaksanaan latihan dan kursus untuk pengeluaran produk.

Di antara Flagship produk bagi sesebuah kampung / daerah adalah seperti berikut:

Flagship Produk Daerah
Pembuatan gong Matunggong
Pembuatan kraftangan manik
Jahitan Pakaian Rungus
Kraftangan Tempurung
Madu Lebah
Pakaian Tradisional Murut Tenom
Kuih-Muih Tradisional Sabah Papar
Kraftangan Manik Dalai Ranau
Anyaman Bambu
Madu Lebah Pitas
Tenunan Dastar Kota Belud

Lebih lagi »

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN DESA (PUD)

Program Pembangunan Usahawan Desa (PUD) juga adalah merupakan program untuk meningkatkan ekonomi usahawan luar bandar. Program ini juga dilaksanakan melalui penyediaan kemudahan bengkel / premis berkelompok berpusat dan latihan/kursus kepada para usahawan.

Bengkel/premis berkelompok berpusat adalah seperti Pusat Keusahawanan Desa (PKD) dan Tamu Niaga.

Di antara skop kerja bagi membantu golongan usahawan desa ini adalah:

  1. Pembinaan bengkel usahawan desa;
  2. Menaiktaraf bengkel usahawan sedia ada;
  3. Pembekalan peralatan bengkel; dan
  4. Pelaksanaan latihan dan kursus kepada usahawan.

Setakat ini, terdapat dua (2) PKD yang diselaraskan oleh pihak Kementerian iaitu:

  1. PKD di daerah Beluran; dan
  2. PKD di Perpaduan Ria, Kudat.


Lebih lagi »

KURSUS KEMAHIRAN LPM

Pengenalan
Kursus Kemahiran adalah di bawah seliaan Seksyen Latihan dan Pembangunan Masyarakat (LPM) bertujuan untuk memperkasa wanita
luar bandar dalam aspek ekonomi, kepimpinan dan kebajikan bagi mendorong keterlibatan wanita dalam pembangunan luar bandar dengan mempelbagaikan latihan kemahiran yang bersesuaian bagi pewujudan peluang perkerjaan dan perniagaan kepada golongan wanita luar bandar. Sehubungan, Penyertaan wanita luar bandar dalam Kursus Kemahiran diharapkan dapat meningkatkan ekonomi dan pendapatan serta dalam melahirkan usahawan wanita yang berdaya saing dan maju.

Tujuan Kursus

  1. Memberi kesedaran dan asas kemahiran dalam perniagaan / keusahawanan; dan
  2. Mempelbagaikan latihan kemahiran yang boleh di komersilkan untuk Wanita Luar Bandar agar dapat berdikari secara ekonomi setelah menyertai kursus.

Objektif
Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan kemahiran yang dapat mendorong kepada penjanaan pendapatan bagi wanita luar bandar dalam pelbagai bidang.

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah wanita suri rumah luar bandar di daerah- daerah mengikut zon seluruh Sabah berumur 45 tahun ke bawah.

Jenis Kursus

Jenis Kursus Tempoh Pelaksanaan (Hari) Bilangan Pelaksanaan (Setahun)
Kursus Jahitan 10 4 kali
Kursus Kecantikan / Spa 5 2 kali
Kursus Bakeri 3 6 kali
Kursus Pastri
Kursus Penyediaan Makanan (Masakan)
Jumlah Pelaksanaan Kursus (Setahun) 12 kali

Lebih lagi »