KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH

Menteri

Menteri

YB DATUK RUBIN BALANG

" Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLBS) telah berjaya memberi wajah baharu kepada portal rasmi kementerian seiring dengan peredaran masa kini. Kehidupan Norma Baharu, Pasca Covid-19 pastinya menjadi satu cabaran kepada kita semua, dan penggunaan teknologi adalah antara langkah yang terbaik untuk mendapatkan pelbagai maklumat penting pada masa kini. Bersama dengan Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil serta agensi-agensi lain, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan terus berusaha lebih gigih bagi mencapai visi 'Menyelaras dan Melaksana Program Kesejahteraan Luar Bandar' dan misi 'Mensejahterakan Luar Bandar.'
YB Datuk Rubin Balang
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah / Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah