KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH
Di bawah Program Pembangunan Masyarakat terdapat dua (2) aktiviti yang dilaksanakan iaitu Kursus Kemahiran dan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila hubungi atau lawati:
Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Di bawah Program Pembangunan Masyarakat terdapat dua (2) aktiviti yang dilaksanakan iaitu Kursus Kemahiran dan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Tujuan kursus kemahiran ini diadakan adalah selaras dengan visi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) untuk menyejahterakan masyarakat luar bandar melalui usaha-usaha pembasmian kemiskinan dan melahirkan usahawan yang berjaya serta dapat meningkatkan pendapatan diri dan keluarga. Para peserta kursus terdiri daripada penduduk luar bandar iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang tersenarai dalam e-Kasih. Manakala, Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKK agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai peranan dan tanggungjawab JKKK melalui topik silibus yang dianjurkan oleh KPLBS bersama pejabat daerah.