KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH
Peningkatan Ameniti dan Ekonomi Desa (PAED) adalah inisiatif holistik yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan merangsang pertumbuhan ekonomi di kampung-kampung.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila hubungi atau lawati:
Peningkatan Ameniti dan Ekonomi Desa adalah inisiatif holistik yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan merangsang pertumbuhan ekonomi di kampung-kampung yang kurang membangun dan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. Melalui Program Kampung Sejahtera (PKS), PAED memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, dan sistem sanitasi yang baik. Di samping itu, PAED turut memperkasa komuniti setempat melalui pelbagai program kesedaran dan penganjuran berkaitan kelestarian alam sekitar, memastikan keseimbangan antara pembangunan sosioekonomi dan pemeliharaan alam semula jadi di kawasan luar bandar.