KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ)

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ)

Pengenalan Program

Dilancarkan pada 28 September 2022 oleh YAB Ketua Menteri Sabah, inisiatif Rumah Mesra SMJ membina dua jenis rumah menggunakan teknologi IBS.

Ia merupakan sebahagian Hala Tuju SMJ 2021–2025 di semua 73 kawasan DUN Sabah melibatkan DBKK, MPT, MPS, dan lain-lain pihak berkuasa.

Ketahui Lebih Lanjut
Objektif
  • Membantu golongan e-Kasih, OKU, mangsa bencana, pemilik rumah daif dan mereka yang tidak memiliki rumah sendiri tertakluk syarat yang ditetapkan.
  • Meningkatkan pemilikan rumah & sosioekonomi rakyat.
  • Memastikan kualiti hidup keluarga Sabah bertambah baik.
Kriteria Permohonan
  1. Berdaftar dengan sistem e-Kasih; atau
  2. OKU berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (JPKANS); atau
  3. Mangsa bencana alam yang disahkan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah atau Polis Diraja Malaysia (PDRM); atau
  4. Rumah daif, dengan butiran berikut:
    • Rumah usang yang merupakan kediaman utama dan tetap penerima;
    • Rumah tidak selamat untuk didiami;
    • Kos baik pulih rumah melebihi RM15,000.00.
  5. Tidak memiliki rumah sendiri; dan
  6. Golongan B40 kategori B1 (pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM2,500.00) berdasarkan takrif semasa oleh pihak berkuasa berkaitan; dan
    • Menumpang di rumah keluarga/saudara mara; atau
    • Menyewa bilik atau ruang sebagai tempat tinggal sementara.
  7. Keutamaan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
Prosedur Lengkap

Galeri Program

Cara Memohon / Hubungi

Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila hubungi atau lawati:

Lokasi Pejabat Jalan Sembulan, Kota Kinabalu
Telefon 088-224434 / 221566