KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH
Projek MESEJ (Mini Estet Sejahtera) ialah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani kelompok kemiskinan tegar yang masih wujud di beberapa kawasan di Sabah.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan program-program MESEJ.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan, sila hubungi atau lawati:
Projek MESEJ (Mini Estet Sejahtera) ialah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani kelompok kemiskinan tegar yang masih wujud di beberapa kawasan di Sabah. Projek ini dirangka oleh Kementerian Negeri dan asalnya merupakan cetusan idea oleh YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, dengan hasrat agar pembangunan negeri Sabah turut membawa kesan limpahan ekonomi kepada golongan miskin.
Projek MESEJ bermula pada tahun 2004 sebagai projek perintis seluas 300 hektar di Sungai Laba, Pulau Sebatik, Tawau yang mensasarkan golongan miskin tegar.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan program-program MESEJ. Pada tahun 2007, memandangkan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan pertanian luar bandar, KPLB telah secara rasmi melantik SLDB sebagai agensi pelaksana projek.
Peranan SLDB adalah untuk menyediakan sokongan teknikal bagi mewujudkan dan menguruskan mini estet kelapa sawit bagi pihak KPLB, dan menerima bayaran pengurusan sebanyak 5% daripada jumlah kos keseluruhan projek. Projek MESEJ dikendalikan melalui unit Akaun Amanah yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.
Kini terdapat sebanyak 29 projek MESEJ kelapa sawit dan getah di seluruh Sabah, 6 projek akuakultur, 7 projek mikro pertanian/akuakultur, dan 2 projek integrasi yang telah dilaksanakan. Daripada jumlah ini, 12 program MESEJ dan 6 program mikro-MESEJ telah siap sepenuhnya. Empat projek MESEJ baharu telah dimulakan pada tahun 2013.