KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH

Teks Ucapan

Teks Ucapan

YB Datuk Seri Panglima Jahid Jahim
YB Datuk Seri Panglima Jahid Jahim
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Yang Maha Esa, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) telah berjaya memberi wajah baharu kepada laman sesawang rasmi Kementerian seiring dengan peredaran masa kini.

Kehidupan Norma Baru, pasca Covid-19 pastinya menjadi satu cabaran kepada kita semua, dan penggunaan teknologi adalah antara langkah yang terbaik untuk mendapatkan pelbagai maklumat penting pada masa kini. Bersama dengan Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil serta agensi-agensi lain, KPLB Sabah akan terus berusaha lebih gigih bagi mencapai visi 'Menyelaras dan Melaksana Program Kesejahteraan Luar Bandar' dan misi Mensejahterakan Luar Bandar.

Mengambil kira pentingnya penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan yang mengutamakan keperluan rakyat serta mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik, laman web ini juga merupakan peluang untuk pembaharuan yang lebih efisien dan berimpak tinggi kepada semua bagi mewujudkan sistem penyampaian informasi yang lebih tepat kepada rakyat.

Laman sesawang baharu yang dibangunkan dengan ciri-ciri informatif dan interaktif ini tentunya akan memudahkan para pengguna mengakses maklumat lebih tepat dan cepat. Justeru, saya mengalu-alukan tuan-tuan dan puan-puan melayari laman sesawang KPLB Sabah yang memaparkan pelbagai maklumat untuk dimanfaatkan, di samping pelbagai aktiviti KPLB Sabah sebagai makluman dan hebahan.

Selamat melayari Laman Sesawang Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
YBhg. Dato Hajah Myrna Jimenez
YBhg. Dato Hajah Myrna Jimenez
Setiausaha Tetap
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah s.w.t, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) berhasil menyusun semula portal rasmi dengan berwajah baharu sejajar dengan peredaran masa kini. Portal rasmi KPLBS yang dibangunkan dengan ciri-ciri informatif dan interaktif ini diharapkan akan memudahkan para pengguna mengakses maklumat yang tepat dan cepat pada bila-bila masa yang dikehendaki.

Secara tuntasnya, Kementerian ini mengutamakan perkhidmatan yang menepati keperluan rakyat dengan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan secara bersepadu agar dapat meningkatkan kepuasan kumpulan sasaran.

Pemantapan pelaksanaan sistem pendigitalan dan penyediaan perkhidmatan yang lebih inovatif selain meluaskan liputan perkhidmatan yang mudah diakses oleh masyarakat merupakan sebahagian daripada fokus Kementerian dalam meningkatkan sistem penyampaian kepada orang awam.

Akhir kata, semoga segala maklumat yang dipaparkan dapat memberi manfaat kepada anda semua di samping dapat memudahkan anda untuk mengakses maklumat yang lebih terperinci mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan luar bandar Sabah.

Selamat melayari Laman Sesawang Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar.